BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 21, 2011

MARI SERTAI KUIZ HARI KOPERASI

PELAJAR SMK TUN MUTAHIR SEKALIAN,
SILA BACA PETIKAN DI BAWAH DAN JAWAB SOALAN KUIZ YANG DIBERIKAN DI AKHIR PETIKAN. HADIAH AKAN MENANTI PEMENANG!

Sambutan Hari Koperasi Sekolah

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan disamping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar.

1. PENGENALAN 

Pada tahun ini sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) peringkat sekolah diadakan dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

2. PENYERTAAN
Terbuka kepada semua Koperasi Sekolah ahli ANGKASA.
3. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN HKS 2011
Pihak-pihak yang akan terlibat secara langsung:
  • Koperasi Sekolah
  • Koperasi Dewasa
  • Jabatan Pelajaran Negeri
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • ANGKASA Pusat
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Persatuan Ibubapa Guru (PIBG)
  • Masyarakat Setempat
4. TARIKH PERAYAAN DAN TEMA SAMBUTAN
Sambutan akan diadakan pada 1 Jun 2011 sehingga 30 Jun 2011. Koperasi sekolah boleh memilih satu atau beberapa hari dalam minggu tersebut.
Tema sambutan adalah: "1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1"

5. AKTIVITI – AKTIVITI HKS
Dua (2) jenis aktiviti hendaklah diadakan di koperasi iaitu 1). aktiviti wajib dan 2). aktiviti pilihan. Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan hendaklah dibuat berdasarkan kreativiti pihak sekolah sendiri. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah berasaskan kepada tema sambutan.
5.1) Aktiviti Wajib
Bagi aktiviti wajib, pihak koperasi mesti mengadakan perkara-perkara berikut:
a. Perhimpunan Khas
  • Pihak sekolah hendaklah mengumpul kesemua pelajar dalam satu perhimpunan khas atau perhimpunan mingguan yang biasa untuk sambutan HKS.
  • Pengetua atau Pengerusi Koperasi akan memaklumkan tentang sambutan HKS serta tujuan diadakan . (Maklumat lanjut tentang HKS boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)
  • Pengetua atau Pengerusi Koperasi hendaklah menerangkan kepentingan koperasi di sekolah dan perkembangan terkini serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di koperasi sekolah mereka.
  • Lagu koperasi dari ANGKASA hendaklah dimainkan semasa perhimpunan tersebut. (Lagu ini boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA. www.angkasa.coop)
  • Perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia; YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan Yang Dipertua ANGKASA hendaklah dibaca oleh pelajar semasa perhimpunan. (ANGKASA akan mengedarkan ketiga-tiga perutusan ke sekolah-sekolah dua minggu sebelum perayaan. Perutusan juga dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)
b. Penanaman Pokok
Pihak koperasi sekolah hendaklah mengadakan acara menanam pokok sama ada sebagai simbol sambutan HKS atau sebagai sumbangan koperasi sekolah kepada pihak sekolah untuk menghijaukan persekitaran.
Koperasi sekolah juga hendaklah memainkan peranan untuk menggalakkan anggota koperasi menanam pokok di kawasan perumahan atau kawasan persekitaran sekolah atau di kawasan rumah mereka sendiri.

5.1) Aktiviti Bonus
Aktiviti bonus dimaksudkan sebagai mengadakan aktiviti, sama ada aktiviti wajib atau pilihan yang menjurus kepada tema sambutan HKS 2010.
Koperasi sekolah juga boleh mengadakan aktiviti yang menjurus kepada penghasilan produk-produk kreatif dan berinovasi yang bersesuaian untuk dipasarkan atau digunakan untuk pengguna koperasi sekolah. Sila nyatakan kreativiti dan inovasi yang telah dihasilkan di dalam borang laporan.

5.2) Aktiviti Tambahan Semasa Perhimpunan Khas

Pihak koperasi sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan seperti berikut dalam majlis perhimpunan yang diadakan.
  • Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah
Pihak koperasi bolehlah memberi pengiktirafan kepada mana-mana koperator yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang penglibatan mereka dalam koperasi. Antara pengiktirafan yang boleh diberikan ialah Anggota Lembaga Koperasi Terbaik, JAD Koperasi Terbaik di kalangan guru dan pelajar, koperator terbanyak berlanggan di kedai koperasi dan sebagainya. Koperasi sekolah bolehlah menyediakan hadiah-hadiah untuk tujuan tersebut.
  • Edaran Tanda Peringatan HKS
Satu tanda peringatan HKS berbentuk buku nota kecil, lencana, stiker atau lain-lain bentuk cenderahati bolehlah disediakan oleh pihak koperasi untuk mereka yang terlibat dengan sambutan atau untuk anggota-anggota di koperasi sekolah mereka sebagai tanda memperingati HKS.
Aktiviti-aktiviti tambahan dalam perhimpunan khas akan diambilkira semasa penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Penilai.
5.2) Aktiviti Pilihan
Bagi aktiviti pilihan, tiga kategori aktiviti telah ditetapkan iaitu:
  • Pendidikan
  • Ekonomi
  • Sosial  dan budaya
Pihak koperasi sekolah hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya satu daripada aktiviti-aktiviti pilihan tersebut. Pemberian markah juga akan berdasar kepada kuantiti aktiviti yang dijalankan. Jika koperasi sekolah menjalankan lebih daripada satu aktiviti, tambahan markah akan diberikan. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah mengikut kreativiti dan inovasi pihak sekolah dan sebagai Badan Penilai, ANGKASA tidak akan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Pada tahun ini, koperasi sekolah digalakkan untuk melibatkan koperasi dewasa sebagai salah satu usaha mewujudkan aktiviti interaksi koperasi sekolah dan koperasi dewasa. Di antara contoh-contoh aktiviti adalah seperti berikut;
a. Aktiviti Pendidikan
Contoh Aktiviti :
  • Ceramah / bahas / kuiz / pidato Koperasi
  • Seminar Koperasi
  • Forum koperasi
  • Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi
  b. Aktiviti Ekonomi
Contoh Aktiviti :
  • Jualan barangan terpakai atau barangan kitar semula.
  • Bazar Koperasi
  • ‘Car-Boot' Sale
  • ‘Car Wash'
  • Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi
c. Aktiviti Sosial dan Budaya
Contoh Aktiviti :
  • Menjalankan projek komuniti dengan PIBG atau masyarakat setempat seperti membantu mereka yang kesusahan kerana bencana alam dan sebagainya.
  • Sketsa Koperasi yang mengisahkan tentang tema sambutan yang boleh menjadi teladan kepada pelajar-pelajar anggota koperasi.
  • Bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, menyediakan pondok bacaan dan tempat duduk
  • Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi
LAMAN WEB KOPERASI SMK TUN MUTAHIR (http://koperasismktm.blogspot)

0 comments: