BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 5, 2011

SAMBUTAN HARI KOPERASI SMK TUN MUTAHIR 2011

SAMBUTAN HARI KOPERASI TELAH BERJALAN LANCAR PADA 29 JUN 2011 YANG LALU. PERASMIAN DILAKUKAN OLEH GPK1, PN HAJAH KAMARIAH PADA PERHIMPUNAN PAGI. SEMUA GURU DAN PELAJAR TERLIBAT DI DALAM PERASMIAN HARI KOPERASI ITU. BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN SUASANA DI SEKITAR MAJLIS PERASMIAN HARI KOPERASI SEKOLAH.

PENGERUSI MAJLIS YANG TERDIRI DARIPADA PENGAWAS KOPERASI

PN HAJAH KAMARIAH BERUCAP

PELAJAR MENDENGAR

GURU KOPERASI MEMBINCANGKAN SESUATU

PENGAWAS KOPERASI SEDANG BERBINCANG

GURU MENDENGAR PERUTUSAN DARI ANGKASA

UPACARA MENANAM POKOK

KETUA PENGAWAS MEMBACAKAN PERUTUSAN

PENOLONG KETUA PENGAWAS MEMBACAKAN PERUTUSAN

UPACARA MENANAM POKOK SEMPENA HARI KOPERASI


PENYAMPAIAN HADIAH BUAT PELAJAR

Tuesday, June 21, 2011

Mesyuarat Koperasi Kali Kedua

Pada 21 Jun 2011 yang lalu, telah diadakan mesyuarat koperasi SMK Tun Mutahir kali kedua yang dipengerusikan oleh Cikgu Radhi, diketuai oleh pengetua SMK Tun Mutahir, Tn. Hj. Zolkaply beserta guru dan ahli lembaga koperasi (ALK) sekolah. Di antara intipati mesyuarat ini ialah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu serta persediaan sambutan hari koperasi 2011 bagi sekolah ini yang akan dirasmikan pada 29 Julai 2011.


Di antara ALK yang terlibat

Guru-guru koperasi sedang membincangkan sesuatu

Para ALK kusyuk mendengar mesyuarat yang dibentangkan
Tuan pengetua beserta GPK KOKU yang turut hadir

Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2011

ANTARA HASIL JUALAN KOPERASI SMK TUN MUTAHIR

SEKITAR PEMANDANGAN GERAI JUALAN SEKOLAH

DI ANTARA GERAI JUALAN YANG TERLIBAT
Sekolah kita telah menyertai jualan gerai sempena Pendidikan Negeri Melaka pada 5 Mei 2011 sehingga 8 Mei 2011 yang lalu. Di antara jualan gerai yang disertai oleh koperasi SMK Tun Mutahir ialah jualan cenderahati, air,  keropok lekor, kentang goreng, nugget dan rojak buah. Walaupun keuntungan tidak banyak diperolehi, namun begitu, pelajar amat beruntung kerana didedahkan dengan persekitaran perniagaan sekaligus memberikan mereka pengalaman untuk berniaga.

MARI SERTAI KUIZ HARI KOPERASI

PELAJAR SMK TUN MUTAHIR SEKALIAN,
SILA BACA PETIKAN DI BAWAH DAN JAWAB SOALAN KUIZ YANG DIBERIKAN DI AKHIR PETIKAN. HADIAH AKAN MENANTI PEMENANG!

Sambutan Hari Koperasi Sekolah

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan disamping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar.

1. PENGENALAN 

Pada tahun ini sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) peringkat sekolah diadakan dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

2. PENYERTAAN
Terbuka kepada semua Koperasi Sekolah ahli ANGKASA.
3. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN HKS 2011
Pihak-pihak yang akan terlibat secara langsung:
  • Koperasi Sekolah
  • Koperasi Dewasa
  • Jabatan Pelajaran Negeri
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • ANGKASA Pusat
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Persatuan Ibubapa Guru (PIBG)
  • Masyarakat Setempat
4. TARIKH PERAYAAN DAN TEMA SAMBUTAN
Sambutan akan diadakan pada 1 Jun 2011 sehingga 30 Jun 2011. Koperasi sekolah boleh memilih satu atau beberapa hari dalam minggu tersebut.
Tema sambutan adalah: "1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1"

5. AKTIVITI – AKTIVITI HKS
Dua (2) jenis aktiviti hendaklah diadakan di koperasi iaitu 1). aktiviti wajib dan 2). aktiviti pilihan. Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan hendaklah dibuat berdasarkan kreativiti pihak sekolah sendiri. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah berasaskan kepada tema sambutan.
5.1) Aktiviti Wajib
Bagi aktiviti wajib, pihak koperasi mesti mengadakan perkara-perkara berikut:
a. Perhimpunan Khas
  • Pihak sekolah hendaklah mengumpul kesemua pelajar dalam satu perhimpunan khas atau perhimpunan mingguan yang biasa untuk sambutan HKS.
  • Pengetua atau Pengerusi Koperasi akan memaklumkan tentang sambutan HKS serta tujuan diadakan . (Maklumat lanjut tentang HKS boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)
  • Pengetua atau Pengerusi Koperasi hendaklah menerangkan kepentingan koperasi di sekolah dan perkembangan terkini serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di koperasi sekolah mereka.
  • Lagu koperasi dari ANGKASA hendaklah dimainkan semasa perhimpunan tersebut. (Lagu ini boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA. www.angkasa.coop)
  • Perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia; YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan Yang Dipertua ANGKASA hendaklah dibaca oleh pelajar semasa perhimpunan. (ANGKASA akan mengedarkan ketiga-tiga perutusan ke sekolah-sekolah dua minggu sebelum perayaan. Perutusan juga dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)
b. Penanaman Pokok
Pihak koperasi sekolah hendaklah mengadakan acara menanam pokok sama ada sebagai simbol sambutan HKS atau sebagai sumbangan koperasi sekolah kepada pihak sekolah untuk menghijaukan persekitaran.
Koperasi sekolah juga hendaklah memainkan peranan untuk menggalakkan anggota koperasi menanam pokok di kawasan perumahan atau kawasan persekitaran sekolah atau di kawasan rumah mereka sendiri.

5.1) Aktiviti Bonus
Aktiviti bonus dimaksudkan sebagai mengadakan aktiviti, sama ada aktiviti wajib atau pilihan yang menjurus kepada tema sambutan HKS 2010.
Koperasi sekolah juga boleh mengadakan aktiviti yang menjurus kepada penghasilan produk-produk kreatif dan berinovasi yang bersesuaian untuk dipasarkan atau digunakan untuk pengguna koperasi sekolah. Sila nyatakan kreativiti dan inovasi yang telah dihasilkan di dalam borang laporan.

5.2) Aktiviti Tambahan Semasa Perhimpunan Khas

Pihak koperasi sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan seperti berikut dalam majlis perhimpunan yang diadakan.
  • Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah
Pihak koperasi bolehlah memberi pengiktirafan kepada mana-mana koperator yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang penglibatan mereka dalam koperasi. Antara pengiktirafan yang boleh diberikan ialah Anggota Lembaga Koperasi Terbaik, JAD Koperasi Terbaik di kalangan guru dan pelajar, koperator terbanyak berlanggan di kedai koperasi dan sebagainya. Koperasi sekolah bolehlah menyediakan hadiah-hadiah untuk tujuan tersebut.
  • Edaran Tanda Peringatan HKS
Satu tanda peringatan HKS berbentuk buku nota kecil, lencana, stiker atau lain-lain bentuk cenderahati bolehlah disediakan oleh pihak koperasi untuk mereka yang terlibat dengan sambutan atau untuk anggota-anggota di koperasi sekolah mereka sebagai tanda memperingati HKS.
Aktiviti-aktiviti tambahan dalam perhimpunan khas akan diambilkira semasa penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Penilai.
5.2) Aktiviti Pilihan
Bagi aktiviti pilihan, tiga kategori aktiviti telah ditetapkan iaitu:
  • Pendidikan
  • Ekonomi
  • Sosial  dan budaya
Pihak koperasi sekolah hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya satu daripada aktiviti-aktiviti pilihan tersebut. Pemberian markah juga akan berdasar kepada kuantiti aktiviti yang dijalankan. Jika koperasi sekolah menjalankan lebih daripada satu aktiviti, tambahan markah akan diberikan. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah mengikut kreativiti dan inovasi pihak sekolah dan sebagai Badan Penilai, ANGKASA tidak akan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Pada tahun ini, koperasi sekolah digalakkan untuk melibatkan koperasi dewasa sebagai salah satu usaha mewujudkan aktiviti interaksi koperasi sekolah dan koperasi dewasa. Di antara contoh-contoh aktiviti adalah seperti berikut;
a. Aktiviti Pendidikan
Contoh Aktiviti :
  • Ceramah / bahas / kuiz / pidato Koperasi
  • Seminar Koperasi
  • Forum koperasi
  • Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi
  b. Aktiviti Ekonomi
Contoh Aktiviti :
  • Jualan barangan terpakai atau barangan kitar semula.
  • Bazar Koperasi
  • ‘Car-Boot' Sale
  • ‘Car Wash'
  • Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi
c. Aktiviti Sosial dan Budaya
Contoh Aktiviti :
  • Menjalankan projek komuniti dengan PIBG atau masyarakat setempat seperti membantu mereka yang kesusahan kerana bencana alam dan sebagainya.
  • Sketsa Koperasi yang mengisahkan tentang tema sambutan yang boleh menjadi teladan kepada pelajar-pelajar anggota koperasi.
  • Bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, menyediakan pondok bacaan dan tempat duduk
  • Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi
LAMAN WEB KOPERASI SMK TUN MUTAHIR (http://koperasismktm.blogspot)

MAKLUMAT MENGENAI KUIZ HARI KOPERASI SEKOLAH 2011

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA, 
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK TUN MUTAHIR. 
SEMPENA HARI KOPERASI 2011 YANG AKAN DIADAKAN SEPANJANG MINGGU HADAPAN (27 JUN 2011 SEHINGGA 2 JULAI 2011), PIHAK KOPERASI SMK TUN MUTAHIR MENGADAKAN KUIZ HARI KOPERASI SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE). KEPADA PELAJAR YANG BERMINAT, BOLEH MENYERTAI KUIZ HARI KOPERASI INI. KUIZ INI TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR KECUALI PENGAWAS KOPERASI.

CARA-CARA MENYERTAI KUIZ HARI KOPERASI 2011:

1) PELAJAR HENDAKLAH MEMBACA ARTIKEL YANG DIPAPARKAN MENGENAI HARI KOPERASI DI DALAM  BLOG KOPERASI SMK TUN MUTAHIR.

2) PELAJAR HENDAKLAH MENJAWAB SOALAN KUIZ BERKENAAN BERDASARKAN ARTIKEL HARI KOPERASI BERKENAAN.

3) JAWAPAN BOLEH DISERAHKAN KEPADA PN MUNIRAH (GURU SESI PAGI) BAGI PELAJAR SESI PAGI DAN PN KHATIRINA (SESI PETANG) BAGI PELAJAR SESI PETANG SEBELUM 28 JULAI 2011 (HARI SELASA).

4) PEMENANG AKAN MENDAPAT HADIAH PADA PERASMIAN HARI KOPERASI 2011 PERINGKAT SEKOLAH IAITU PADA 29 JULAI 2011(RABU) PADA PERHIMPUNAN KHAS PAGI ITU. 

5) KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD. 




Wednesday, April 6, 2011

Mesyuarat Agung Koperasi 2011


Thursday, February 24, 2011

Kursus Koperasi Anjuran ANGKASA 2011

Pada 23 dan 24 Februari yang lalu, bertempat di Hotel Avillion Legacy, Melaka, terdapat Majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah 2011 anjuran ANGKASA dan KPM. Di antara isi taklimat tersebut adalah:

  • Penerangan Program Busana
  • Penerangan Pengedaran Kertas A4
  • Penerangan Program Akhbar@Sekolah
  • Penerangan Kursus Angkasa Siri 3
  • Penerangan Kursus Pengurusan Kedai Koperasi
  • Penerangan Kursus Ketrampilan Bertutur
  • Penerangan Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat dan Minit
  • Penerangan Bengkel Asas Permainan Petanq
  • Penerangan Hari Koperasi Sekolah (HKS)
  • Penerangan Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Pelancongan Antarabangsa Koperasi Sekolah (PAKS) Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (PPKKS)
  • Penerangan SEKKOP 123
  • Penerangan Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK)
Taklimat ini dirasmikan oleh Puan Hajah Armi Haji Zainudin, merangkap Naib Pengerusi ANGKASA dan perasmian penutup disempurnakan oleh Y.BHG. Dato' Haji Abdul Fatah Abdullah, merangkap Timbalan Presiden ANGKASA.



Majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah

Risalah program ANGKASA

Perasmian Oleh Puan Hajah Armi Haji Zainudin

Para pegawai ANGKASA

Taklimat menggunakan slaid

Penerangan oleh Tuan Haji Kamarudin Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

Penerangan Oleh Pegawai ANGKASA

Penerangan Oleh Pegawai ANGKASA

Risalah dan maklumat mengenai koperasi sekolah dan ANGKASA

Kertas A4 keluaran ANGKASA

Program Pelancongan Sekolah

Program BUSANA

Penerangan Oleh Pegawai ANGKASA

Penerangan Oleh Pegawai ANGKASA

Sekitar Taklimat Koperasi



Para peserta kursus melihat pameran

Pegawai perasmian penutupan kursus

Kata-kata aluan penutup oleh Pegawai ANGKASA

Perasmian penutupan oleh Y. BHG. Dato' Haji Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden ANGKASA

Peserta Taklimat Program Koperasi Sekolah 2011